Kuala Lumpur Weather

Sunday, January 24, 2010

Mendapat Perhatian Media

mengenai post artis seksi yg lalu, perkara tersebut berjaya juga dihidu oleh pihak media..setelah membaca Pancaindera 24 januari, kenyataan tersebut dikeluarkan..alang2 media dah tahu, boleh la aku beritahu semua siapa artis tersebut..dia adalah rebecca nur al-islam...kenyatan tersebut seperti dia tidak memikirkan apa yg diluahkan. walaupun sekiranya ada golongan wanita yg tidak bertudung, janganlah keluarkan kenyataan seperti itu.. 'kenapa saya perlu bertudung, ia bukan diri saya'. selagi kita beragamakan islam, kita sememangnya wajib menutup aurat iaitu salah satunya bertudung.. there's no two way about it. itulah undang2 nya..mungkin dari kes seperti ini, rakan2 lain mahupun dia sendiri dapat mengambil iktibar. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. seperti pepatah inggeris, 'god works in many ways' yg bermaksud Dia menyampaikan, menegur, menghukum serta apa2 jua pun dalam berbagai cara. jadi kita mendoakan dia dan setiap insan lelaki mahupun wanita bahawa kita perlu sedar dengan apa yang dilakukan serta apa yg berlaku di persekitaran kita. kita boleh mengambil iktibar dari kesilapan org lain dan motivasi diri dengan kejayaan orang lain.. percayalah, banyak keajaiban yg boleh kita lihat sekiranya kita 'sedar'..

Sunday, January 17, 2010

Kenyataan Yang Terzahir

malam tadi sambil menunggu masa untuk mandi dan makan malam, aku lihat di tv ada cerita galaxie..macam best jek, tengok sekejap..minggu ini menceritakan tentang artis seksi. sudah sekian lama topik begitu berjaya memanggil kita untuk melihat isi2 nya..

aku tertarik dengan kenyataan yang diluahkan oleh seorang pelakon dan juga bekas pengacara tidak lama dahulu..topik pun adalah seksi dan dia ditanya yang ada kaitan dengan aurat.. dan dia dengan senang mengeluarkan kenyataan "kenapa nak tutup aurat..ini adalah saya yang sebenar..tak mahu menjadi hipokrit. mungkin satu hari nanti saya pakai tudung". jikalau xhendak menutup aurat pun, janganlah cakap "kenapa nak tutup aurat?". sebagai muslim kita memang wajib menutup aurat, janganlah menjadi jahil sebegitu dan menunjukkan anda begitu..

manusia..kita memang xterlepas dari kesilapan..

Satu Corong Tercipta

jam 2.12 pagi dan aku masih terjaga..
terhasil juga blog ini setelah sekian lama ingin membuatnya..kerana utorrent telah siap mendownload lalu internet laju la sedikit....boleh diteruskan niat malam ini...

banyak benda akan dikongsi, dibincang, diluah...

Sila Bermula...