Kuala Lumpur Weather

Sunday, July 17, 2011

penat!!!

assalamualaikum dan selamat pada semua....

dalam masa sebulan ni, aku penat jugak melayan toyota vdc 'menggila'. iaitu dorang mula keluarkan kereta banyak2 sebabnya nak tukar tempat ke bukit raja.. jd kereta yg nak kene inspect tu memangle banyak. penat nak inspect, penat lagi nak wat report.. nak patah pinggang dibuatnya duduk kat kerusi lama2..

mgkin ujung bulan habislah gila2 remaja ni..hahaha.. dan xde lagi aku ke toyota.. aku kne la wat inspection lelong atau door to door pulak. janji ada keje ye dak... kalau xde keje, mati kutu plak dok kat ofis.. mcm jam xde bateri je rasanya.. xberjalan2 waktu langsung...

kepada rakan2.. selamat berjuang dalam pekerjaan....

Wednesday, June 1, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH...

tanggal 31 mei 2009... perjanjian dibina antara dua pihak untuk bersama...

Wednesday, May 25, 2011

penat....

sejak balik dari gambang, badan dok rasa penat aje. nak keje pon letih je.. adoi.. dok mandi2 ujan lagi time balik keje, lagi la menyumbang...

Sunday, May 22, 2011

sedar x sedar

bila diingatkan... masa tu berlalu dengan pantas jika kita penuhinya dengan isi2 setiap hari.. macam, sedar x sedar, dah 6 bulan jugak aku keje skang nih... tau2 dah tengah tahun dah... itu sebab aku kerja hari2, pi keje ari2, kena ujan, panas... tapi disebalik tu, ada juga yg terasa lambaatt je... bila semua usaha xmenjadi, apa yg di plan xterlaksana... rasa mcm tersangkut je kat satu ruang yg kita xdapat keluar.. semuanya berputar2 kat situ, kenangan, perasaan... berputar2 mengelilingi aku... aduh....

Saturday, May 7, 2011

malas, takot

aku skang ni, amat malas nak bukak buku baru... biar je buku lama tertutup, kalau ada angin bleh bukak sempoi gak... tp utk buat baru..ini bukan masanya... aku dah xde isi lagi nak aku tulis dalamnya... semua idea penulisan dah kering.... semua dah tulis2 dulu dgn idea2 bernas, tapi buku xdpt terbit plak... jd camna.... xberani lagi nak cuba pd waktu ini..xnak bankrap utk kali kedua selepas angan2 hancur....

mulalah merepek bila xdpt tdo malam2

Tuesday, April 26, 2011

alhamdulilah

sekarang semuanya telah menjadi tenang.. aku redha akan apa yg berlaku. kehidupan perlu diteruskan walaupun kini berlainan haluan. tapi aku akan tetap bersama2 dia untuk menenpuh ini semua. dia adalah seorang yg aku sayangi dan aku xakan biarkannya bersendirian. telah aku anggap dia sebagai seorang ahli keluarga sejak dari dulu. aku juga harapkan dia juga anggap aku sebegitu. aku sentiasa berdoa yg kami akan sentiasa bahagia dengan haluan kami sendiri pada masa akan datang. insyaallah..

Sunday, April 10, 2011

aduh

setabah mana aku boleh menjadi selepas kejadian berat ini... sebak masih jua bermain walaupun hati ini sudah menerima ketentuan ini... setiap kali melihat gambarnya, sayu tetap terasa dan bagaikan aku xdapat menahan dan akhirnya tewas jua dalam suatu masa.. tp bagaimana pula dengan dia yg menempuh ini semua? semestinya dia lagi berat penyiksaan yg di hadapi bukan sahaja kehilangan aku tapi dia juga kena menerima org baru dalam hidupnya yg mana bkn pilihannya.. adakah drama ini bagaikan zaman 80-an? aku akan tetap cuba memberi semangat kepadanya dan xmahu melihatnya tersiksa dalam menempuh ini semua..

semua ini kerana aku sayangkan dirinya... kerana sayang, aku xsanggup melihatnya derita... aku akan menemannya.. walau bukan bersama tetapi tetap membantu kerana aku mencintainya sepenuh hatiku...