Kuala Lumpur Weather

Sunday, July 17, 2011

penat!!!

assalamualaikum dan selamat pada semua....

dalam masa sebulan ni, aku penat jugak melayan toyota vdc 'menggila'. iaitu dorang mula keluarkan kereta banyak2 sebabnya nak tukar tempat ke bukit raja.. jd kereta yg nak kene inspect tu memangle banyak. penat nak inspect, penat lagi nak wat report.. nak patah pinggang dibuatnya duduk kat kerusi lama2..

mgkin ujung bulan habislah gila2 remaja ni..hahaha.. dan xde lagi aku ke toyota.. aku kne la wat inspection lelong atau door to door pulak. janji ada keje ye dak... kalau xde keje, mati kutu plak dok kat ofis.. mcm jam xde bateri je rasanya.. xberjalan2 waktu langsung...

kepada rakan2.. selamat berjuang dalam pekerjaan....

Wednesday, June 1, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH...

tanggal 31 mei 2009... perjanjian dibina antara dua pihak untuk bersama...

Wednesday, May 25, 2011

penat....

sejak balik dari gambang, badan dok rasa penat aje. nak keje pon letih je.. adoi.. dok mandi2 ujan lagi time balik keje, lagi la menyumbang...

Sunday, May 22, 2011

sedar x sedar

bila diingatkan... masa tu berlalu dengan pantas jika kita penuhinya dengan isi2 setiap hari.. macam, sedar x sedar, dah 6 bulan jugak aku keje skang nih... tau2 dah tengah tahun dah... itu sebab aku kerja hari2, pi keje ari2, kena ujan, panas... tapi disebalik tu, ada juga yg terasa lambaatt je... bila semua usaha xmenjadi, apa yg di plan xterlaksana... rasa mcm tersangkut je kat satu ruang yg kita xdapat keluar.. semuanya berputar2 kat situ, kenangan, perasaan... berputar2 mengelilingi aku... aduh....

Saturday, May 7, 2011

malas, takot

aku skang ni, amat malas nak bukak buku baru... biar je buku lama tertutup, kalau ada angin bleh bukak sempoi gak... tp utk buat baru..ini bukan masanya... aku dah xde isi lagi nak aku tulis dalamnya... semua idea penulisan dah kering.... semua dah tulis2 dulu dgn idea2 bernas, tapi buku xdpt terbit plak... jd camna.... xberani lagi nak cuba pd waktu ini..xnak bankrap utk kali kedua selepas angan2 hancur....

mulalah merepek bila xdpt tdo malam2

Tuesday, April 26, 2011

alhamdulilah

sekarang semuanya telah menjadi tenang.. aku redha akan apa yg berlaku. kehidupan perlu diteruskan walaupun kini berlainan haluan. tapi aku akan tetap bersama2 dia untuk menenpuh ini semua. dia adalah seorang yg aku sayangi dan aku xakan biarkannya bersendirian. telah aku anggap dia sebagai seorang ahli keluarga sejak dari dulu. aku juga harapkan dia juga anggap aku sebegitu. aku sentiasa berdoa yg kami akan sentiasa bahagia dengan haluan kami sendiri pada masa akan datang. insyaallah..

Sunday, April 10, 2011

aduh

setabah mana aku boleh menjadi selepas kejadian berat ini... sebak masih jua bermain walaupun hati ini sudah menerima ketentuan ini... setiap kali melihat gambarnya, sayu tetap terasa dan bagaikan aku xdapat menahan dan akhirnya tewas jua dalam suatu masa.. tp bagaimana pula dengan dia yg menempuh ini semua? semestinya dia lagi berat penyiksaan yg di hadapi bukan sahaja kehilangan aku tapi dia juga kena menerima org baru dalam hidupnya yg mana bkn pilihannya.. adakah drama ini bagaikan zaman 80-an? aku akan tetap cuba memberi semangat kepadanya dan xmahu melihatnya tersiksa dalam menempuh ini semua..

semua ini kerana aku sayangkan dirinya... kerana sayang, aku xsanggup melihatnya derita... aku akan menemannya.. walau bukan bersama tetapi tetap membantu kerana aku mencintainya sepenuh hatiku...

Saturday, April 9, 2011

red rose...

a red rose may be a pleasant view to all. if it is bought from a florist, people won't know how the hardship to plant it, treat it, waters it all this time. all this hardship makes the rose blooms eternally in the heart of the florist.

"how great this red rose of mine is" shouted the planter as he holds it right tight in his heart. "how my hardship and caring love to nurture this has come true and i am rewarded by this beautifulness of you".

but he has to know that he is only a mere planter, he can try to sneak in the rose in his jacket and hide it somewhere or the florist will still get it and sold it to the customer.

the planter thinks for a moment..

"if i just hide it, it is not my own to sneak it. how can i do this as this is not mine. if the florist gave me then it is besides the point. but the florist is still the owner of the red rose and he deserves to sell or else." then while he is seeking guidance from the Lord, he got the way..

"how the rose blooms, and the joy of nurturing it, is my gift from the Lord as He gave me the chance to feel the greatness of seeing the red rose from all the process he had seen. maybe I am the one that had been chosen to taste this pleasured moment. and I won't ask more from you Lord. This is the fate i had to face. let the great red rose blooms in my heart and whoever bought it"

thank you Lord and My Great Red Rose...

selama ini

mata dibutakan selama ini, hati dikuncikan selama ini, tp ini jualah yg terjadi akhirnya...

ya allah..

xpernah aku rasa sekerdil ini dibawah Mu... mencuba segalanya tetapi jika tidak diperkenankan oleh Mu tetap tiada apa yg terjadi... aku terima segalanya...

kenapa ini terjadi

ya allah.. kenapa semua ini terjadi pada kami.. aku bersyukur aku diberi peluang untuk berkenalan dengannya, mengenalinya lebih rapat dan bercinta selama ini.. berilah kami sinar bagaimana untuk meneruskan perjalanan kisah kami.. apa yang kami lalui ini adalah genting dan berkaitan masa depan kami.. sesungguhnya Kau Maha Mengasihani... kurniakanlah kami hubungan yg dapat kami kecapi bersama didalam perjalanan ini....

Friday, April 8, 2011

segalanya...

hanya dalam masa beberapa minit, yg duka jadi gembira...
segala kisah dicerita semula...
bagaikan masa telah berundur...
dalam cinta yg xpernah luntur

akan aku simpan semua ini..
menjadi satu kisah cinta abadi..
antara aku dan si jelita...
menjadi satu hikayat kita...

betapa aku sayangkan dirimu....

Wednesday, April 6, 2011

aku dan dia

aku percayakannya kerana selama ini aku bersandar kepadanya.. aku memberi kepadanya kerana aku tahu dia mahukannya... aku menyimpannya selama ini kerana ku tahu dia juga ingin disimpan... aku melakukan semua ini kerana aku menyayanginya.. salahkah aku selama ini... setiap kali ini terbit dari hati, aku menafikannya sekeras-kerasnya kerana aku percayakannya.. dan dia juga perlulah percaya yg aku percayakannya.. berdirilah, mengakulah, yg kita boleh bersama... lakukannya demi masa depan kita... kerana itulah yg satu satunya cara untuk menunjukkan yg kamu cintakan ku....

Putera dan Cahayanya

seorang putera berfikir bagaimanakah hidupnya tanpa cahaya yg menerangi. setelah berfikir sejenak, ahh! betapa gila aku boleh dibuatnya berfikir tentang kepentingan cahaya itu.. menerangi jalanannya mencari rezeki, kehidupan sehari, melihat keindahan dunia bersama2 pancaran cahaya.. alangkah gembiranya putera itu apabila mengingatkan kisah2 gembiranya apabila diterangi cahaya siang mahupun malam.. putera itu amat menyanyangi cahayanya dan tidak mahu kehilangannya. dia sanggup membuat satu tempat tinggal dengan cahaya di seratanya. bagaimanakah cahaya tiada? sudah pastinya dia tidak dapat mencari kerana cahayanya itu adalah dari cahaya kesayangannya dan tiada tolok bandingnya. putera itu berkata kepada cahayanya, Oh Cahayaku, janganlah pergi dari menerangi kehidupanku yg gelita ini tanpamu...

Monday, April 4, 2011

inginkan sejarah yg bercahaya

sebagai manusia, kita semestinya mahukan sebuah kehidupan yg lebih baik untuk masa hadapan kita. tapi perspektif baik itu mestilah di kacamata kita sendiri kerana kita yg mahu untuk merasainya, mengalaminya dan memilikinya. dan perasaan memiliki itu haruslah terbit dari rasa keinginan yg benar dari hati. ini semua kerana jika sesebuah benda itu sebagai contohnya dilihat berharga pada hari ini tidak semestinya masih lagi berharga setelah beberapa tahun.. akan tetapi, jika seseorang itu menganggapnya berharga dan juga bersejarah, bernilai bagi seseorang itu, semestinya seberapa lama ketika itu juga pasti akan tetap berharga dari kacamatanya..

antara sejarah dan cahaya...

bagi aku ini, maksud sejarah itu adalah sesuatu barang, cerita mahupun rasa yg telah disimpan lama. sejarah ini bakal membuat seseorang itu mengimbau kembali cerita-cerita mengenainya samada bersih, kotor, gembira, sedih, dan juga segala macam perasaan yg membuat kita teringat padanya. jangan kita hanya melihat pada sesuatu yg indah, bersih dan baik2 sahaja. tidak semua barang atau sesuatu boleh terus didapati dari bentuknya yg kini. seperti emas, emas tidak terus datang dari perut bumi ciptaan allah ini dalam bentuk yg telah terhias seperti rantai, cincin dan sebagainya yg bakal membuat orang teringinkannya. prosesnya juga bermula dari sekotor-kotor cara mendapatkannya dan segala kepayahannya. tetapi dari segala macam itu juga kita dapat melihat seindah-indahnya bentuk dan ukiran dihasilkan.. segala kekotoran kita terima, kita alami demi mendapat produk akhirnya itu.

cahaya pula mungkin dari zahirnya adalah sesuatu bentuk tenaga yg memberi kita keterangan dari visual. tetapi dalam konteks yg cuba diterangkan ini, cahaya memberi kita satu jalan yang membawa kita ke jalan yang lain dan melebarkan skop kehidupan kita. cahaya juga tidak semestinya semuanya menyenangkan penglihatan tetapi kita mampu untuk menalanya untuk kehidupan sehari-hari. cahaya penting kerana tanpa cahaya kita sering dalam kegelapan. mungkin tiada hala tuju walaupun tujuan bebas terbentang dihadapan. banyak masa aku diterangi dan jalan-jalan, pintu-pintu mulai terlihat. itu yg membuatkan aku memerlukannya

oleh itu, aku sebagai manusia memerlukan kedua-dua elemen ini dalam satu bentuk fizikal yg bakal meneman aku bersama-sama mencari jalan yg terbentang. adakalanya kita terlupakan sejarah kita, bagaimana itu dan ini berlaku tetapi sejarah tetap ada dalam diri. begitu juga cahaya, adakalanya kita terbuta seketika disuluhnya, membuat kita hilang tujuan, tumpuan malah fokus tetapi disebalik cahaya itu juga kita sedar akan kegunaannya yang lain pada diri kita. kita tahu yg kadang-kala kita diluka oleh kedua2 elemen ini tetapi aku tetap mahukannya kerana ia sudah berada didalam diri dan sebati. jika mahukan segala ini, kita berusahalah mencari yang terbaik oleh elemen-elemen ini. aku mahukan ianya dalam satu bentuk fizikal seperti yg dinyatakan. betapa aku memerlukannya dan diharapkan ia juga akan memberi aku merasai apa itu kehidupan.

ITULAH SEJARAH YANG BERCAHAYAKU......

Saturday, March 26, 2011

fire chord by bruce springsteen or des ree and baby face

G riff
e----------------------------
B----------------------------
G----------------------------
D----------------------------
A---5--5-5-5-5---5-5-5-5-5---
E---3--3-0-0-3---3-3-0-0-3---


A riff
e----------------------------
B----------------------------
G----------------------------
D----------------------------
A---7--7-7-7-7---7-7-7-7-7---
E---5--5-0-0-5---5-5-0-0-5---


FIRE - Bruce Springsteen


G riff
I'm driving in my car I turn on the radio

A riff G riff
I'm pulling you close you just say no

A riff G riff
You say you don't like it but girl I know you're a liar

C D G riff
'Cause when we kiss... Fire


G riff
Late at night I'm takin' you home

A riff G riff
I say I wanna stay you say you wanna be alone

A riff G riff
You say you don't love me girl you can't hide your desire

C D G riff
'Cause when we kiss... Fire


G C
You had a hold on me right from the start

D G
A grip so tight I couldn't tear it apart

C G
My nerves all jumpin' actin' like a fool

A7 D
Well your kisses they burn but your heart stays cool


G riff
Romeo and Juliet, Samson and Delilah

A riff G riff
Baby, you can bet their love didn't deny

A riff G riff
Your words say split but your words they lie

C D G riff
'Cause when we kiss... Fire

license....

.assalamualaikum semua...

berjumpa lagi kita di siaran ini...hahaha.. berangan jadi announcer.. dulu time skolah2, ada gak berangan..tp berangan jadi pembaca berita jepun.. ngan si roshedee tuh.. xde je klas, pi trun bawah pokok ketapang pastu abih lirik2 lagu jepun kami berlakon jadi skrip berita... haha.. pastu cikgu disiplin (Mr. Chiu Kam Choon) nak datang suh kami naik klas, apa lagi.. amik langkah seribu pi lari dari cikgu..haha.. tp cikgu ni banyak membantu aku dalam addmath masa tuisyen dulu... ingat kata dia, 'bukan senang mau gagal, bukan susah mau lulus'..hamik korang..addmath dia leh kata mcm tuh.. tp, berkat dia ajar dan aku belajar, xdelah addmath aku gagal..terima kasih cikgu..

berbalik kpd topik... aku esok nak start belajar lesen moto.. dah tua2 baru nak amik lesen ek.. tp memandangkan ekonomi keluarga dulu xstabil, amik keter aja.. skang nak amik sbb leh le beli moto buat ulang alik kerja cari nafkah.. leh le jimat2 skit duit utk masa depan... kalau naik keter, satu hari mau je Rm 30 duit minyak, tol dan makan....camna nak menyimpan... nak kawen lagik ek..hahahha... tp betollah, kalau xde duit mana mau kawen... takkan org nak tggu lama2.. melepas kang terkedu plak...dah la aku spesis yg malas gila nak mengorat2 utk wat awek... mana yg nak aku ok aja.. alhamdulillah yg ada skang ni bersabar dgn aku... harapnya masa depan dpt le bersama....ada moto leh le aku pi jumpa2 dia melepaskan rindu... nak nek keter banyak pakai duit.. kne la naik bas, dan mintak tlg dia bwk aku jalan2....hahaha... sama2 la kita berkorban ek...insyallah, aku akan post lagi bila ada kelapangan....

assalamualaikum buat semua....

Sunday, March 13, 2011

lampu keter

sejak accident aritu, lampu keter aku dah out of focus..sebabnya tapak lampu dah lari.. dah xkuasa aku nak ketuk2 tapak tu supaya dpt adjust lampu..dah la keras..kalau barang proton ke perodua lembut le skit nak di tenyeh2..ini mitsubishi old skool plak tuh..adoi.. bila malam aja, lampu keter xdelah nampak mana jalan, sekadar dapat jalan, kalau kena tempat yg gulita skit je, dah menggagau cari line putih jalan.. haha..

jadi aku tergerak nak taruk foglight/spotlight yg kaler kuning. kat ofis aku skodeng2 le kat mudah nak carik lampu murah2.. dapat la harga dalam RM35.. dah gembira.. time rehat tergerak plak hati nak pi tgk kat kedai aksesori, masuk2 je kedai dah terus cari..tup tap. harga RM 28 ajer.. hahhaa.. gembira betol lah... tgk kedai lain RM 40, xde kurang.. apa lagi, lepas makan je patah balik pi beli, dengan suis RM 12...

sok plak aku beli barang2 lain macam relay, soket relay, pemegang fuse, fuse 15 amp dan suis..kos barang tu semua RM 17 kot... malam je aku terus cari wiring diagram kat internet.. sapa kata internet xbagus..hehehe

dan hari ini, aku dah pasang sendiri dengan wiringnya sekali... terimakasih juga pada Hanis yg turut membantu cable tie kan wayar2 aku.. dashboard pun aku tebuk utk pasang suis...

hasilnya, boleh dibanggakan, hasil kerja yg kemas dan kualiti lampu juga boleh tahan kerana pandangan menjadi lebih terang dengan pemasangan lampu tu... alhamdulillah, xdelah terasa membazir beli barang2 tuh...

kepada yg lain, kalau nak buat apa2 kat kereta, survey harga barang dulu dan kalau mampu, buatlah sendiri.. sebabnya dah boleh save dalam RM 30 - 40 hanya untuk upah pasang lampu aku tadi contohnya... lagi2, kita dapat ilmu sikit2 utk kereta sendiri macam wiring...

kalau ada apa2 nak tanya macam mana nak pasang lampu nih, lehle tanya aku,.. apa yang aku boleh tolong aku tolong... ilmu itu datang dari tuhan juga walaupun kita yang bertungkus lumus mencari... kalau tidak diturunkan ilmu itu dariNya, takkan kita taunya nak wat wiring2 ni... jadi, siapa yg ada ilmu, ajar2kanlah kepada sesiapa yg menginginkan... sesungguhnya kita mendapat pahala...amin..

Saturday, February 5, 2011

kelam saja....

owh..sudah lama sangat aku xmasuk blog ni...minta maaf la yer...terimakasih pada din yg tolong masukkan entry selamat tahun baru .. sekurang2nya xdala nampak sgt macam xda orang jaga..hahha..

semenjak kerja ni masa macam xcukup je nak wat menda2 tambahan.. balik saja kerja dah penat..

tapi hari isnin yg lepas.. aku xcidentkan keter aku semasa dalam perjalanan wat inspection di hulu langat.. dan aku terpaksa amik emergency leave 2 hari utk hari selasa dan rabu.. dan kereta aku pun xsempat siap repair pulak tu.. owh kasin2...