antara sejarah dan cahaya...
bagi aku ini, maksud sejarah itu adalah sesuatu barang, cerita mahupun rasa yg telah disimpan lama. sejarah ini bakal membuat seseorang itu mengimbau kembali cerita-cerita mengenainya samada bersih, kotor, gembira, sedih, dan juga segala macam perasaan yg membuat kita teringat padanya. jangan kita hanya melihat pada sesuatu yg indah, bersih dan baik2 sahaja. tidak semua barang atau sesuatu boleh terus didapati dari bentuknya yg kini. seperti emas, emas tidak terus datang dari perut bumi ciptaan allah ini dalam bentuk yg telah terhias seperti rantai, cincin dan sebagainya yg bakal membuat orang teringinkannya. prosesnya juga bermula dari sekotor-kotor cara mendapatkannya dan segala kepayahannya. tetapi dari segala macam itu juga kita dapat melihat seindah-indahnya bentuk dan ukiran dihasilkan.. segala kekotoran kita terima, kita alami demi mendapat produk akhirnya itu.
cahaya pula mungkin dari zahirnya adalah sesuatu bentuk tenaga yg memberi kita keterangan dari visual. tetapi dalam konteks yg cuba diterangkan ini, cahaya memberi kita satu jalan yang membawa kita ke jalan yang lain dan melebarkan skop kehidupan kita. cahaya juga tidak semestinya semuanya menyenangkan penglihatan tetapi kita mampu untuk menalanya untuk kehidupan sehari-hari. cahaya penting kerana tanpa cahaya kita sering dalam kegelapan. mungkin tiada hala tuju walaupun tujuan bebas terbentang dihadapan. banyak masa aku diterangi dan jalan-jalan, pintu-pintu mulai terlihat. itu yg membuatkan aku memerlukannya
oleh itu, aku sebagai manusia memerlukan kedua-dua elemen ini dalam satu bentuk fizikal yg bakal meneman aku bersama-sama mencari jalan yg terbentang. adakalanya kita terlupakan sejarah kita, bagaimana itu dan ini berlaku tetapi sejarah tetap ada dalam diri. begitu juga cahaya, adakalanya kita terbuta seketika disuluhnya, membuat kita hilang tujuan, tumpuan malah fokus tetapi disebalik cahaya itu juga kita sedar akan kegunaannya yang lain pada diri kita. kita tahu yg kadang-kala kita diluka oleh kedua2 elemen ini tetapi aku tetap mahukannya kerana ia sudah berada didalam diri dan sebati. jika mahukan segala ini, kita berusahalah mencari yang terbaik oleh elemen-elemen ini. aku mahukan ianya dalam satu bentuk fizikal seperti yg dinyatakan. betapa aku memerlukannya dan diharapkan ia juga akan memberi aku merasai apa itu kehidupan.
ITULAH SEJARAH YANG BERCAHAYAKU......
No comments:
Post a Comment