Kuala Lumpur Weather

Tuesday, April 26, 2011

alhamdulilah

sekarang semuanya telah menjadi tenang.. aku redha akan apa yg berlaku. kehidupan perlu diteruskan walaupun kini berlainan haluan. tapi aku akan tetap bersama2 dia untuk menenpuh ini semua. dia adalah seorang yg aku sayangi dan aku xakan biarkannya bersendirian. telah aku anggap dia sebagai seorang ahli keluarga sejak dari dulu. aku juga harapkan dia juga anggap aku sebegitu. aku sentiasa berdoa yg kami akan sentiasa bahagia dengan haluan kami sendiri pada masa akan datang. insyaallah..

Sunday, April 10, 2011

aduh

setabah mana aku boleh menjadi selepas kejadian berat ini... sebak masih jua bermain walaupun hati ini sudah menerima ketentuan ini... setiap kali melihat gambarnya, sayu tetap terasa dan bagaikan aku xdapat menahan dan akhirnya tewas jua dalam suatu masa.. tp bagaimana pula dengan dia yg menempuh ini semua? semestinya dia lagi berat penyiksaan yg di hadapi bukan sahaja kehilangan aku tapi dia juga kena menerima org baru dalam hidupnya yg mana bkn pilihannya.. adakah drama ini bagaikan zaman 80-an? aku akan tetap cuba memberi semangat kepadanya dan xmahu melihatnya tersiksa dalam menempuh ini semua..

semua ini kerana aku sayangkan dirinya... kerana sayang, aku xsanggup melihatnya derita... aku akan menemannya.. walau bukan bersama tetapi tetap membantu kerana aku mencintainya sepenuh hatiku...

Saturday, April 9, 2011

red rose...

a red rose may be a pleasant view to all. if it is bought from a florist, people won't know how the hardship to plant it, treat it, waters it all this time. all this hardship makes the rose blooms eternally in the heart of the florist.

"how great this red rose of mine is" shouted the planter as he holds it right tight in his heart. "how my hardship and caring love to nurture this has come true and i am rewarded by this beautifulness of you".

but he has to know that he is only a mere planter, he can try to sneak in the rose in his jacket and hide it somewhere or the florist will still get it and sold it to the customer.

the planter thinks for a moment..

"if i just hide it, it is not my own to sneak it. how can i do this as this is not mine. if the florist gave me then it is besides the point. but the florist is still the owner of the red rose and he deserves to sell or else." then while he is seeking guidance from the Lord, he got the way..

"how the rose blooms, and the joy of nurturing it, is my gift from the Lord as He gave me the chance to feel the greatness of seeing the red rose from all the process he had seen. maybe I am the one that had been chosen to taste this pleasured moment. and I won't ask more from you Lord. This is the fate i had to face. let the great red rose blooms in my heart and whoever bought it"

thank you Lord and My Great Red Rose...

selama ini

mata dibutakan selama ini, hati dikuncikan selama ini, tp ini jualah yg terjadi akhirnya...

ya allah..

xpernah aku rasa sekerdil ini dibawah Mu... mencuba segalanya tetapi jika tidak diperkenankan oleh Mu tetap tiada apa yg terjadi... aku terima segalanya...

kenapa ini terjadi

ya allah.. kenapa semua ini terjadi pada kami.. aku bersyukur aku diberi peluang untuk berkenalan dengannya, mengenalinya lebih rapat dan bercinta selama ini.. berilah kami sinar bagaimana untuk meneruskan perjalanan kisah kami.. apa yang kami lalui ini adalah genting dan berkaitan masa depan kami.. sesungguhnya Kau Maha Mengasihani... kurniakanlah kami hubungan yg dapat kami kecapi bersama didalam perjalanan ini....

Friday, April 8, 2011

segalanya...

hanya dalam masa beberapa minit, yg duka jadi gembira...
segala kisah dicerita semula...
bagaikan masa telah berundur...
dalam cinta yg xpernah luntur

akan aku simpan semua ini..
menjadi satu kisah cinta abadi..
antara aku dan si jelita...
menjadi satu hikayat kita...

betapa aku sayangkan dirimu....

Wednesday, April 6, 2011

aku dan dia

aku percayakannya kerana selama ini aku bersandar kepadanya.. aku memberi kepadanya kerana aku tahu dia mahukannya... aku menyimpannya selama ini kerana ku tahu dia juga ingin disimpan... aku melakukan semua ini kerana aku menyayanginya.. salahkah aku selama ini... setiap kali ini terbit dari hati, aku menafikannya sekeras-kerasnya kerana aku percayakannya.. dan dia juga perlulah percaya yg aku percayakannya.. berdirilah, mengakulah, yg kita boleh bersama... lakukannya demi masa depan kita... kerana itulah yg satu satunya cara untuk menunjukkan yg kamu cintakan ku....

Putera dan Cahayanya

seorang putera berfikir bagaimanakah hidupnya tanpa cahaya yg menerangi. setelah berfikir sejenak, ahh! betapa gila aku boleh dibuatnya berfikir tentang kepentingan cahaya itu.. menerangi jalanannya mencari rezeki, kehidupan sehari, melihat keindahan dunia bersama2 pancaran cahaya.. alangkah gembiranya putera itu apabila mengingatkan kisah2 gembiranya apabila diterangi cahaya siang mahupun malam.. putera itu amat menyanyangi cahayanya dan tidak mahu kehilangannya. dia sanggup membuat satu tempat tinggal dengan cahaya di seratanya. bagaimanakah cahaya tiada? sudah pastinya dia tidak dapat mencari kerana cahayanya itu adalah dari cahaya kesayangannya dan tiada tolok bandingnya. putera itu berkata kepada cahayanya, Oh Cahayaku, janganlah pergi dari menerangi kehidupanku yg gelita ini tanpamu...

Monday, April 4, 2011

inginkan sejarah yg bercahaya

sebagai manusia, kita semestinya mahukan sebuah kehidupan yg lebih baik untuk masa hadapan kita. tapi perspektif baik itu mestilah di kacamata kita sendiri kerana kita yg mahu untuk merasainya, mengalaminya dan memilikinya. dan perasaan memiliki itu haruslah terbit dari rasa keinginan yg benar dari hati. ini semua kerana jika sesebuah benda itu sebagai contohnya dilihat berharga pada hari ini tidak semestinya masih lagi berharga setelah beberapa tahun.. akan tetapi, jika seseorang itu menganggapnya berharga dan juga bersejarah, bernilai bagi seseorang itu, semestinya seberapa lama ketika itu juga pasti akan tetap berharga dari kacamatanya..

antara sejarah dan cahaya...

bagi aku ini, maksud sejarah itu adalah sesuatu barang, cerita mahupun rasa yg telah disimpan lama. sejarah ini bakal membuat seseorang itu mengimbau kembali cerita-cerita mengenainya samada bersih, kotor, gembira, sedih, dan juga segala macam perasaan yg membuat kita teringat padanya. jangan kita hanya melihat pada sesuatu yg indah, bersih dan baik2 sahaja. tidak semua barang atau sesuatu boleh terus didapati dari bentuknya yg kini. seperti emas, emas tidak terus datang dari perut bumi ciptaan allah ini dalam bentuk yg telah terhias seperti rantai, cincin dan sebagainya yg bakal membuat orang teringinkannya. prosesnya juga bermula dari sekotor-kotor cara mendapatkannya dan segala kepayahannya. tetapi dari segala macam itu juga kita dapat melihat seindah-indahnya bentuk dan ukiran dihasilkan.. segala kekotoran kita terima, kita alami demi mendapat produk akhirnya itu.

cahaya pula mungkin dari zahirnya adalah sesuatu bentuk tenaga yg memberi kita keterangan dari visual. tetapi dalam konteks yg cuba diterangkan ini, cahaya memberi kita satu jalan yang membawa kita ke jalan yang lain dan melebarkan skop kehidupan kita. cahaya juga tidak semestinya semuanya menyenangkan penglihatan tetapi kita mampu untuk menalanya untuk kehidupan sehari-hari. cahaya penting kerana tanpa cahaya kita sering dalam kegelapan. mungkin tiada hala tuju walaupun tujuan bebas terbentang dihadapan. banyak masa aku diterangi dan jalan-jalan, pintu-pintu mulai terlihat. itu yg membuatkan aku memerlukannya

oleh itu, aku sebagai manusia memerlukan kedua-dua elemen ini dalam satu bentuk fizikal yg bakal meneman aku bersama-sama mencari jalan yg terbentang. adakalanya kita terlupakan sejarah kita, bagaimana itu dan ini berlaku tetapi sejarah tetap ada dalam diri. begitu juga cahaya, adakalanya kita terbuta seketika disuluhnya, membuat kita hilang tujuan, tumpuan malah fokus tetapi disebalik cahaya itu juga kita sedar akan kegunaannya yang lain pada diri kita. kita tahu yg kadang-kala kita diluka oleh kedua2 elemen ini tetapi aku tetap mahukannya kerana ia sudah berada didalam diri dan sebati. jika mahukan segala ini, kita berusahalah mencari yang terbaik oleh elemen-elemen ini. aku mahukan ianya dalam satu bentuk fizikal seperti yg dinyatakan. betapa aku memerlukannya dan diharapkan ia juga akan memberi aku merasai apa itu kehidupan.

ITULAH SEJARAH YANG BERCAHAYAKU......