Kuala Lumpur Weather

Thursday, July 22, 2010

Basikal

wah melayu pulak la utk malam ni... petang tadi lepas antar je adik pi tuisyen, amik beskal kasi pam pastu start jalan.. arini btolak dr umah taman kamariah, lalu greenwood, highway duke, jalan gombak dan ke rumah semula mengambil masa 22 minit 31 saat.. tak tahu nak dikatakan perlahan atau laju sbb baru first time amik route tu dan non stop. aritu ada gak lalau ngan kawan, tapi kami singgah minum2 di gerai kat taman pelangi sebelah highway duke tu..lepak2 ngan member, member2 dari taman melewar ngan koperasi polis pun dtg lepak..syok le rasanya..

slalunya dlm 20 minit, aku naik dari umah ke batu 8 dan patah balik.. cuma bezanya jalan itu sedikit berbukit dan sedikit sebanyak memperlahankan kelajuan..nampak gayanya kne beli speedometer pulak kot.. harga dalam 50 ringgit. leh gak tahu berapa jauh travel, berapa halaju semasa dan purata kelajuan sepanjang perjalanan.. masa lalu kat batu 8, ternampakla kawan aku semasa aku form 6 dulu. Faediah atau Deeya namanya..dia ni aku knal dalam chat mirc..haha, zaman2 tu masih kuat mirc. aop la, sop la S.O.B la..haha...nampak dia masa dia nak lintas jalan, apa lagi. aku lontar senyuman dan gerak badan yg menunjukkan aku menegur. sebab kalau nak kata hai pon, aku xcukup udara sbb kawasan tu bukit jd paru2 aku lebih dikhususkan utk badan supaya kayuhan kekal kelajuan yg ideal..hahaah

xtau la, sejak skolah rendah lagi dah naik beskal tp xboring plak. dahla xpakai minyak, roadtax, insuran pastu dia bagi kesihatan dan stamina..wah, mmg best dijadikan amalan. tp aku xdelah tiap2 ari naik, sbb kdg2 malas la pulak..hoho..tp bagus juga, stamina aku yg dulu masa skolah menengah dulu tinggi tapi semakin kehilangan sbb gaya hidup yg malas bersukan itu dan kereta selalu menjadi kenderaan utama ke sana sini..tp alhamdulillah, aku tergerak hati nak berbasikal semula setelah 6 tahun basikal tersadai..sehat la sikit badan insyallah..

harap2nya kawan2 aku nak la juga berbasikal semula. sekurang2nya ujun minggu kami boleh ke titiwangsa utk beriadah. jgn fikirkan tntg coolness, atau apa yg org mungkin fikir. yg penting kita berbasikal sebagai aktiviti riadah, senaman supaya sehat. kdg aku ajak juga adik aku naik basikal, tp cuma ikot jalan dalam ke taman melewar, koperasi polis sbb ikot jalan raya takut juga kereta lalu lalang.. tp mgkin satu hari nanti nak ajak dia pi lalu kat batu 8..

teringat kat lagu Queen bertajuk Bicycle yg mana intronya mcm lagu melayu..ahaha..kdg2 skip jugak intro...hehe

2 comments:

~cikgu murni ~ said...

ckgu jln2 sni klik nuff tuan

Melisma Tidikay said...

owh terimakasih....

Post a Comment