Kuala Lumpur Weather

Saturday, August 21, 2010

Kerinduan

Setelah sekian lama tatapan wajah hanya tersemat, kini ia tampil memberikan satu ketenangan buat jiwa yg menginginkan. biarpun hanya seketika, namun usaha yang ditampilkan itu sudah cukup membuktikan yang keinginan masih berpihak kepada kedua-duanya. biarpun tiada huraian, usikkan bagi setiap yang dipertutur, hanya intipati sahaja diluahkan, tetapi aku merasa puas kerana ia berjaya memberikan aku jawapan akan apa yg tertanya-tanya selama ini. tatapan penuh diambil bagi mengisi ruangan rekod impian hati supaya sekiranya tidak dapat bersua nanti, saat indah itu boleh di kembali. segala kegembiraan yang diberi haruslah kita hayati kerana jika semua itu tidak lagi kita punya, janganlah pula kita mencaci maki. setiap yg didunia pastilah ada pasangannya, hanya usaha, dan ketentuanNya menentukan segala...

Terima kasih kerana masih memberi peluang bagi aku merasa nikmat ini bersama-sama. Aku pasti menyimpannya.....

No comments:

Post a Comment